fb fb fb fb fb

BANJIR: Jumlah penduduk terjejas di Terengganu meningkat, Kelantan menurun

KUALA LUMPUR, 1 Mac - Jumlah penduduk terjejas banjir di Terengganu pagi ini meningkat kepada 25, 008 orang daripada 6, 934 keluarga.

Menurut Info Bencana JKM mereka ditempatkan di 183 pusat pemindahan sementara (PPS).

Di Terengganu, jumlah penduduk dipindahkan terus meningkat kepada 17,417 orang daripada 4,452 keluarga berbanding 14,393 orang daripada 3,744 keluarga malam tadi.

Daripada 137 PPS yang dibuka, 26 adah di Besut, Dungun (29), Kemaman (27), Hulu Terengganu dan Setiu masing-masing 21, Kuala Terengganu (sembilan), Kuala Nerus (tujuh) dan Marang (satu).

Kemaman masih mencatat jumlah tertinggi iaitu seramai 8,027 orang, diikuti Hulu Terengganu (3,700), Dungun (2,988), Besut (908), Setiu (848), Kuala Terengganu (728), Kuala Nerus (538) dan Marang (lima).

Manakala di Kelantan pula , jumlah penduduk yang terjejas banjir terus menunjukkan penurunan.

Terdapat 7,625 pendudi daripada 2,483 keluarga berada di PPS setakat 8 pagi berbanding 8,054 orang daripada 2,600 keluarga malam tadi.


(Pemandangan udara menunjukkan Pekan Rantau Panjang dan kawasan sekitar yang dilanda banjir akibat limpahan air dari Sungai Golok ketika tinjauan)

Aplikasi Info Bencana Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) memaklumkan sebanyak 46 PPS dibuka melibatkan 21 di Pasir Mas, Tanah Merah (sembilan), Kuala Krai (tujuh), Pasir Puteh (enam), Machang (dua) dan Jeli (satu).

Sementara itu, portal rasmi info banjir JPS menerusi laman sesawang publicinfobanjir.water.gov.my melaporkan bacaan air dua sungai utama di negeri itu berada pada paras amaran iaitu Sungai Golok di Kampung Jenob, Tanah Merah (23.10 meter) dan Sungai Kelantan di Temangan, Machang (16.99 meter).

 

Media Baharu