fb fb fb fb fb

TNBMHL 2022: Menang selesa tumpaskan pasukan Nurinsafi Sporting 7-2

BUKIT JALIL, 1 Mac - Liga Hoki Malaysia TNB (TNBMHL) 2022 berlangsung di Stadium Hoki Nasional Bukit Jalil

Pasukan Hoki Terengganu (THT) menang selesa selepas menumpaskan pasukan Nurinsafi Sporting, 7-2.

Pasukan kendalian Roslan Jamaluddin itu dilihat berjaya mengekalkan momentum dengan baik.

Pasukan THT berjaya melakukan jaringan pertama seawal minit ke-7 melalui Muhammad Sufi Ismat Mr Rohulamin.

Selang 7 minit selepas itu pasukan Nurinsafi berjaya menyamakan kedudukan melalui pukulan gol padang Muhammad Azwar Abdul Rahman.

Kapten skuad The Malaysian Tigers,Muhammad Marhan Mohd Jalil turut menyumbangkan satu gol buat pasukan THT pada minit ke-28.

(Perlawanan Liga Hoki Malaysia TNB 2022 berlangsung di Stadium Hoki Nasional Bukit Jalil)

Selepas iut, pasukan THT terus menjaringkan tiga gol melalui Faizal Saari, Muhammad Arif Syafie Ishak,Syarman Mat Tee dan dua gol lagi melalui Ismail Abu.

Pada minit ke-43 pula, pasukan Nurinsafi turut menjaringkan satu gol lagi melalui Muhammad Khairulamirin Abdul Jalil.

Media Baharu