fb fb fb fb fb

Banjir: Jumlah penduduk terjejas banjir di Pahang meningkat

ROMPIN, 27 Januari- Jumlah penduduk terjejas banjir di negeri Pahang meningkat kepada 352 orang melibatkan 105 keluarga, setakat jam 4.00 petang tadi.

Jumlah tersebut bertambah berbanding, 327 orang melibatkan 99 buah keluarga, pada jam 3.00 petang.

Menurut portal Infobencana Jabatan Kebajikan Masyarakat, peningkatan itu susulan pertambahan sebuah lagi Pusat Pemindahan Sementara (PPS) yang dibuka di daerah Rompin.

PPS itu ialah Balairaya Kampung Denai yang menempatkan 25 penduduk daripada enam buah keluarga.

Sementara itu, tiga lagi PPS yang dibuka di daerah Rompin adalah PPS Kampung Setajam menempatkan seramai 165 orang melibatkan 53 buah keluarga terjejas.

Manakala, seramai 122 orang penduduk daripada 35 keluarga ditempatkan di Balairaya Rekoh dan 40 orang penduduk daripada 11 keluarga di Balairaya Bukit Lepas.


(Kawasan yang terjejas banjir di Pahang)

Media Baharu