fb fb fb fb fb

Banjir Johor: Angka penduduk terjejas terus berkurang

Foto RTM

JOHOR BAHRU,15 Januari-Angka penduduk terjejas banjir di empat daerah di Johor terus berkurang kepada 1,097 orang di 12 PPS. 

Menurut maklumat Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri,Kota Tinggi yang merekod daerah paling terjejas sebelum ini menunjukkan perkembangan positif dengan hanya tiga PPS masih beroperasi menempatkan 275 orang. 

Tiga daerah lain turut mencatat pengurangan iaitu Pontian, 354 penduduk di lima PPS. 

Manakala Kluang, 415 penduduk di tiga PPS  dan Johor Bahru, 53 penduduk di satu PPS. 

KAMARULZAMAN BIN MUHAMAD