fb fb fb fb fb

Banjir di Terengganu: Lima PPS dibuka

KUALA NERUS, 9 Disember- Kuala Terengganu menjadi daerah pertama di Terengganu membuka pusat pemindahan sementara (PPS) ekoran hujan lebat sejak malam semalam, diikuti Kuala Nerus dan Besut.

Ketua Sekretariat Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri, Left Kol (PA) Rosman Abdullah berkata, sehingga pukul 4 petang tadi, 213 penduduk terjejas daripada 58 keluarga telah dipindahkan ke lima PPS.

Paling ramai di Kuala Nerus yang menempatkan 136 penduduk daripada 36 keluarga.

"Saya menasihati penduduk agar mendapatkan maklumat yang sahih terutama sekali dapatkan maklumat yang sahih berkaitan dengan amaran bencana. Biasa kita akan keluarkan ataupun Jabatan Meteologi akan keluarkan berkaitan dengan cuaca inilah jadi dapatkan maklumat yang sahih dan sekiranya diarahkan berpindah perlu berpindah secepat mungkinlah jangan tunggu air dah tinggi baru pindah," kata Rosman kepada media di sini.

Sementara itu, berdasarkan data JPS di laman web rasminya, paras air di tiga sungai utama yang mencatatkan paras bahaya kini menunjukkan trend menurun.

Antaranya Sungai Hulu Terengganu di Kuala Ping, Sungai Langkap dan Jambatan Chalok di Setiu.

Dua lagi sungai merekodkan bacaan melebihi paras amaran.

(213 penduduk terjejas daripada 58 keluarga telah dipindahkan ke lima PPS)

 

Media Baharu