fb fb fb fb fb

MSIPP ikat perjanjian dengan Korea Selatan dan India, tangani isu kesakitan kronik

KUALA LUMPUR, 9 Disember- Simposium Antarabangsa Intervensi Kesakitan Kronik 2022 buat julung kalinya mengikat perjanjian persefahaman bersama Korea Selatan dan India.

Ia bertujuan meningkatkan lagi bidang kepakaran dalam menangani kesakitan kronik di negara ini.

Menurut Presiden Persatuan Pengamal Perubatan Kesakitan Kronik (MSIPP), Profesor Dr. Toh Charng Jeng, pemilihan dua negara adalah berdasarkan kepakaran dan pengetahuan bagi menjalankan prosedur kesakitan intervensi yang selamat.

"Korea Selatan dan India sudah lama ada program-program untuk melatih doktor. Jadi, mereka lebih berpengalaman, sebab itu kita bincang dengan mereka dan mereka sudi kongsi pengalaman menolong kita," kata Dr. Toh Charng kepada pemberita RTM di ibu negara.

Menerusi simposium ini, ia dapat memberi pendekatan kepada pakar-pakar bagi menyumbang perkhidmatan yang berkualiti pada masa akan datang.

Majlis Simposium Antarabangsa Intervensi Kesakitan Kronik 2022 dirasmikan oleh Pro Naib Canselor Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM), Profesor. Datuk Dr. Hanafiah Harunarashid.

Program dengan kerjasama Jabatan Surgeri Hospital Canselor Tuanku Mukhriz (HCTM) dan MSIPP berlangsung selama dua hari bermula hari ini di Nexus Bangsar South.


(Presiden Persatuan Pengamal Perubatan Kesakitan Kronik (MSIPP), Profesor Dr. Toh Charng Jeng)

Media Baharu