fb fb fb fb fb

Banjir di Perak, tiga PPS masih dibuka pagi ini

Foto BERNAMA

IPOH, 31 Oktober- Jumlah penduduk terjejas akibat banjir di Perak adalah seramai 316 orang daripada 90 keluarga, setakat pukul 8.00 pagi.

Sekretariat Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri menerusi kenyataan memaklumkan, tiga Pusat Pemindahan Sementara (PPS) masih beroperasi iaitu di daerah Kerian dan Hilir Perak.

PPS Dewan Serbaguna Padang Tembak menempatkan jumlah mangsa tertinggi iaitu seramai 174 penduduk daripada 51 keluarga.

Sementara itu, 86 penduduk daripada 21 keluarga dipindahkan ke PPS Sekolah Kebangsaan Changkat Lobak.

PPS Sekolah Kebangsaan Alor Pongsu pula menempatkan 56 penduduk daripada 18 keluarga.

Terdahulu, Menteri Besar Perak, Datuk Seri Saarani Mohamad berkata banjir yang berlaku di Perak kali ini adalah berbeza dari sebelumnya.

Jelasnya, ia bukan lagi berpunca daripada Sungai Perak yang tidak mampu menampung air hujan tetapi berkaitan sistem perparitan.

MUHAMMAD AFIF FARHAN BIN AHMAD HISHAM