fb fb fb fb fb

Banjir di Perak, jumlah penduduk terjejas meningkat kepada 1,605 orang

Foto Fail

IPOH, 14 Oktober- Jumlah penduduk terjejas banjir di Perak terus meningkat kepada 1,605 orang daripada 503 keluarga setakat pukul 10.00 malam tadi.

Sekretariat Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri menerusi kenyataan memaklumkan 11 Pusat Pemindahan Sementara (PPS) dibuka melibatkan lima daerah.

PPS SK Slim River di daerah Muallim menempatkan jumlah penduduk paling ramai iaitu 431 orang daripada 116 keluarga.

PPS SK Kuala Slim pula menempatkan 117 penduduk daripada 28 keluarga dan 32 penduduk daripada 16 keluarga berlindung di PPS Dewan Kampung Batu 4.

Sementara itu, di daerah Kuala Kangsar, 334 penduduk daripada 132 keluarga ditempatkan di PPS Dewan Pandak Hamid, OAOSC, Bawong.

189 penduduk daripada 58 keluarga dipindahkan ke PPS SMK RLKT Lasah dan 187 penduduk daripada 54 keluarga di PPS SK Lasah.

Di daerah Hulu Perak, PPS SK Pahit menampung 160 penduduk daripada 44 keluarga manakala 51 penduduk daripada 21 keluarga pula di SK Kerunai.

PPS SK Parit Haji Aman, Bagan Serai di daerah Kerian masih menempatkan 64 penduduk daripada 20 keluarga dan 40 penduduk daripada 14 keluarga berlindung di PPS SK Changkat Lobak.

Dalam pada itu, PPS Dewan Serbaguna Padang Tembak di daerah Hilir Perak dibuka pada pukul 9.00 malam tadi dan masih dalam proses pemindahan penduduk.

MUHAMMAD AFIF FARHAN BIN AHMAD HISHAM