fb fb fb fb fb

Banjir di Pahang: Satu PPS masih beroperasi

FOTO FAIL

RAUB, 17 Januari - Seramai 32 penduduk terjejas banjir masih ditempatkan di sebuah pusat pemindahan sementara (PPS) membabitkan daerah Raub, setakat pukul 4.00 petang.

Kesemua 13 buah keluarga itu ditempatkan di PPS SK Ulu Sungai yang dibuka sejak 2.30 pagi tadi.
 
Menurut Sekretariat Jawatankuasa Pengurusan Bencana Daerah Raub dalam satu kenyataan memaklumkan, kejadian banjir tersebut dipercayai berpunca daripada limpahan air sungai Batu Malim yang mengakibatkan sebilangan kediaman penduduk di Kampung Ulu Sungai dinaiki air.
 

TETITIA YUSOFF