fb fb fb fb fb

Banjir di Pahang: Enam PPS dibuka di Kuantan

KUANTAN, 6 Februari - Enam buah pusat pemindahan sementara (PPS) dibuka di daerah Kuantan, susulan hujan berterusan sejak semalam.

Setakat pukul 2 petang tadi, PPS terbabit menempatkan 1,310 penduduk daripada 342 keluarga.

Menurut Jawatankuasa Pengurusan Bencana Daerah Kuantan, penduduk paling ramai dipindahkan ke PPS Dewan Dato Manan iaitu 560 orang, diikuti Dewan Wisma Belia (300 orang) dan Dewan Orang Ramai Taman Tas (220 orang).

(Foto fail)

PPS Dewan Orang Ramai Kampung Sri Mahkota pula menempatkan 143 orang, Dewan Orang Ramai Seri Damai (57 orang), manakala Dewan Orang Ramai Jaya Gading (30 orang).

Awal pagi tadi, Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) telah mengeluarkan amaran hujan berterusan kategori bahaya bagi daerah Kuantan manakala kategori buruk dikeluarkan bagi daerah Temerloh, Maran, Bera, Pekan dan Rompin, yang berkuat kuasa sehingga esok.

Bagi tempoh sama, amaran waspada pula dikeluarkan kepada daerah Lipis, Raub, Jerantut dan Bentong.

Media Baharu