fb fb fb fb fb

Kampung Seri Damai, banjir

KUANTAN, 6 Februari- Hujan berterusan sejak Sabtu menyebabkan berlakunya banjir di Kampung Seri Damai, Kuantan.

Penduduk terjejas banjir di kampung terbabit mula berpindah ke pusat pemindahan banjir (PPS) Dewan Orang Ramai Seri Damai, bermula pukul 12.00 tengah hari tadi.

Penduduk kampung itu, Saadun Zakaria berkata, air banjir yang naik mendadak hingga ke paras pinggang menyebabkan dia dan keluarganya mengambil keputusan untuk terus berpindah ke kawasan selamat.

"Pada mulanya hujan lebat bermula dari pagi tadi.Selepas itu, hujan sekejap-kejap. Kemudian pada malam hujan tak berhenti. Saya kemas semua barang dan pindah," katanya kepada pemberita di sini.

Menurut Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan dan Keselamatan Kampung (JPKK) Kampung Seri Damai, Mohamad Amerudin Mat Esa, penduduk terjejas banjir di kampung terbabit kini ditempatkan di dua PPS iaitu Dewan Orang Ramai Seri Damai dan Sekolah Agama Rakyat (SAR) dan dan Kelas Fardu Ain (KAFA) Jaya Gading.

"Di Dewan Seri Damai ini telah dipenuhi dengan penduduk terjejas banjir. Dewan ini memuatkan lebih kurang 60 keluarga melibatkan lebih kurang 150 penduduk terjejas. Kita terpaksa memindahkan ke SAR KAFA Jaya Gading bagi menampung penduduk terjejas bajir," katanya.

Pihaknya turut membuat pemantauan di kawasan Kampung Seri Damai bagi memastikan semua penduduk terjejas banjir dapat dipindahkan ke PPS terbabit.

Berdasarkan laman rasmi Public Infobanjir, Kementerian Sumber Asli, Alam Sekitar dan Perubahan Iklim; setakat pukul 4.00 petang tadi, paras air Sungai Belat di Sri Damai merekodkan bacaan 5.95 meter, melepasi paras bahaya.

(Mohamad Amerudin Mat Esa)

Media Baharu