fb fb fb fb fb

Peruntukan RM40 juta bagi dua projek KPKT di Pulau Pinang

SEBERANG JAYA, 6 Februari- Pulau Pinang menerima peruntukan sebanyak RM40 juta bagi dua projek pembangunan menerusi Kementerian Pembangunan dan Kerajaan Tempatan (KPKT).

Menterinya Nga Kor Ming berkata, dua peruntukan penting itu merupakan sentuhan kasih sayang kerajaan persekutuan kepada penduduk Pulau Pinang.

"Yang pertama adalah peruntukan pembinaan semula pasar warisan bukit Mertajam yang telah pun terbakar pada tahun 2014 dan kini satu peruntukan sebanyak 24 juta akan diperuntukkan.

"Supaya impian penduduk bukit Mertajam akan menjadi kenyataan Pembangunan pasar Bukit Mertajam ini akan terbahagi kepada 5 komponen utama," katanya kepada pemberita selepas perasmian projek naik taraf lorong belakang Lebuh Armenian di Georgetown.

Tambah beliau, pasar awam Bukit Mertajam yang berusia lebih 56 tahun bakal berwajah baharu menerusi kerja naik taraf yang akan dilaksanakan bermula tahun ini dan dijangka siap pada 2026.

Projek pembangunan bernilai RM24 juta yang disalurkan KPKT itu terbahagi kepada lima komponen utama meliputi kawasan seluas 12,800 meter
persegi yang dapat memanfaatkan peniaga dan komuniti setempat.

Sementara itu, penduduk rumah pangsa di Pulau Pinang juga turut mendapat manfaat apabila mendapat suntikan dana tabung tabung penyelenggaraan rumah
pangsa awam berjumlah RM16 juta.

"Demi menjaga kebajikan penduduk pulau pinang khususnya penduduk di rumah pangsa berstrata, satu peruntukan dan peningkatan sebanyak 70% akan disalurkan oleh kerajaan Persekutuan kepada kerajaan negeri tahun ini," katanya.

(Nga Kor Ming (tengah))

Media Baharu