fb fb fb fb fb

Banjir di Madinah, TH siap siaga hadapi sebarang bencana

Pengarah Eksekutif Haji TH, Datuk Seri Syed Saleh Syed Abdul Rahman

SEPANG, 2 Mei - Lembaga Tabung Haji (TH) memberi jaminan akan memastikan keselamatan jemaah haji Malaysia susulan perkembangan semasa bencana banjir kilat di Madinah.

Ini bagi memastikan keselamatan dan kesihatan jemaah Malaysia terjaga ketika mengerjakan ibadah haji di sana.

Pengarah Eksekutif Haji TH, Datuk Seri Syed Saleh Syed Abdul Rahman berkata pengalaman ketika berdepan beberapa kali dengan situasi banjir kilat akan digunakan jika berdepan situasi sama.

"Tabung Haji memang ada pengurusan bencana yang kita dokumenkan dan kita sentiasa membuat simulasi serta berbincang dengan semua pihak, pemegang taruh di Malaysia dan Arab Saudi juga kedutaan di sana, InsyaAllah setakat ini apa yang berlaku sebelum ini, dapat kita tangani dengan baik,” katanya kepada pemberita di majlis pelepasan petugas haji, di sini.

Pada Rabu, media antarabangsa melaporkan bahagian utara Arab Saudi dilanda banjir akibat hujan lebat sehingga memaksa penutupan sekolah dan jalan raya.

MOHD KHUDZAIRI ZAINUDDIN