JOHOR, 1 Januari - Setakat pukul 4 pagi tadi, satu Pusat Pemindahan Sementara (PPS) di Johor ditutup, manakala 5 PPS baharu dibuka di Segamat.
Menjadikan 6 PPS masih beroperasi di daerah tersebut, setakat ini.
PPS telah menempatkan 227 penduduk terjejas banjir yang melibatkan 59 buah keluarga.
Menurut Exco Kesihatan dan Alam Sekitar, R. Vidyanathan, antara PPS yang dibuka termasuk Sekolah Rendah Jenis Kebangsaan Cina Ai Chun, Balai Raya Kampung
Paya Lenga, dan Dewan Serbaguna Pekan Air Panas.
"Manakala antara kawasan terlibat, Kampung Lembah Bakti, Kampung Pekan Air Panas dan Kampung Paya Lebar. Agensi terlibat adalah Angkatan Pertahanan Awam, Polis Diraja Malaysia dan Jabatan Kebajikan Masyarakat" Menurut R. Vidyanathan.