fb fb fb fb fb

RM5 juta dibelanjakan untuk program CSR ANGKASA


REMBAU, 1 Januari - Lebih 70,000 ahli koperasi Angkatan Koperasi Kebangsaan Malaysia Berhad (ANGKASA) di seluruh negara disantuni dengan menerima sumbangan menerusi Tanggungjawab Sosial Korporat (CSR).

Lebih RM5 juta diperuntukkan bagi tujuan itu.

Presiden ANGKASA Datuk Abdul Fattah Abdullah berkata, sumbangan diberikan kepada penduduk terjejas banjir dan terkesan COVID-19 dalam bentuk barangan keperluan asas menerusi Projek Barang Asas 100 (BA100).

Petugas barisan hadapan iaitu kakitangan hospital, anggota keselamatan dan petugas media juga termasuk dalam kumpulan yang disantuni.

"Program CSR ANGKASA ini kita telah belanjakan lebih daripada RM5 juta. Program ini selain banjir kita juga bantu program Tanggungjawab Sosial Korporat kepada mereka yang terkesan dengan wabak COVID-19 terutama petugas barisan hadapan" Datuk Fattah berkata ketika menyampaikan sumbangan pasca banjir di Pedas, Rembau.

Keperluan asas bernilai RM5,000 disumbangkan kepada 100 penduduk terjejas banjir di Surau Haji Mohd Taf, Kampung Kundur Ulu, Pedas.

 

Media Baharu