KUALA LUMPUR, 23 November - Kementerian Pertahanan sedia memberi bantuan kepada Thailand susulan banjir di Hatyai, sekiranya diperlukan.
Menterinya, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin, bagaimanapun yakin Thailand seperti Malaysia yang mempunyai kemampuan untuk mengurus bencana banjir dengan baik.
Sementara itu, Pejabat Konsulat Jeneral Malaysia di Songkhla ketika dihubungi memaklumkan koordinasi operasi pemindahan semua rakyat Malaysia yang terkandas di hotel-hotel sekitar Hatyai, bakal dilaksana.
Bagaimanapun, waktu operasi bergantung kepada pihak berkuasa tempatan.
Pihak Konsulat hanya dimaklumkan operasi pemindahan akan bermula pada bila-bila masa.
Sebarang pertanyaan lanjut, boleh hubungi Pegawai Bertugas di pejabat Konsulat Jeneral menerusi talian +6681-9901930.