fb fb fb fb fb

Banjir di Batu Pahat semakin pulih

BATU PAHAT 14 Mac - Keadaan banjir di kawasan Parit Sulong, Batu Pahat, Johor bertambah surut dan kini boleh dilalui semua jenis kenderaan, berbanding beberapa hari lalu.

Tinjauan Berita RTM di Pekan Parit Sulong, mendapati jalan utama di kawasan itu, Jalan Yong Peng kini tidak lagi ditenggelami air banjir.

Para peniaga dan pengusaha dilihat membersihkan premis-premis mereka yang terkesan dengan air banjir dan ada di antara mereka yang menderma barang jualan terjejas kepada orang awam.

Lokasi tersebut sebelum ini menjadi antara kawasan paling terjejas banjir di Johor dengan air banjir mencecah paras dada.


(Keadaan banjir di kawasan Parit Sulong, Batu Pahat, Johor bertambah surut)

Meskipun semakin surut, beberapa kawasan masih lagi digenangi air banjir termenung yang berada dalam keadaan berbau.

Selain itu, laluan alternatif ke Parit Sulong daripada Tongkang Pechah iaitu Kilang Munchies ke Parit Sulong, kini boleh dilalui kenderaan selepas paras air semakin surut.

Namun, pengguna jalan raya dinasihat menggunakan laluan tersebut secara satu arah pada satu-satu masa, selain memandu di bahagian paras air rendah.

Media Baharu