fb fb fb fb fb

Banjir buruk di Terengganu

KUALA TERENGGANU, 21 Disember- Banjir di Terengganu mencecah 40,456 penduduk di lapan daerah.

Jumlah itu melibatkan 11,097 keluarga di 299 pusat pemindahan sementara (PPS) setakat pukul 8.00 pagi tadi.

Menurut kenyataan sekretariat Jawatankuasa pengurusan banjir negeri, pertambahan jumlah tersebut disebabkan hujan lebat masih lagi berlaku di beberapa daerah.

Daerah Kemaman mencatatkan penduduk paling tinggi terjejas banjir dengan 9,147 penduduk.

Manakala Besut 8,536 orang, Hulu Terengganu mencatatkan 5,893 orang dan Dungun 4,419 orang.

(Foto fail)

Selain itu, daerah Setiu melibatkan 4,352 penduduk, Kuala Nerus 3,597 orang, Kuala Terengganu 2,777 orang dan Marang 1,735 orang.

Media Baharu