KUALA LUMPUR, 5 Januari - 54 kematian akibat banjir direkodkan di seluruh negara, setakat pukul 12 tengah hari tadi.
Manakala dua individu dilaporkan masih hilang.
Pengarah Jabatan Keselamatan Dalam Negeri dan Ketenteraman Awam (KDNKA) Bukit Aman, Datuk Hazani Ghazali berkata, Selangor kekal mencatatkan angka korban tertinggi iaitu seramai 25 orang, diikuti Pahang dengan 21 kematian.
"Kelantan mencatatkan 4 kematian dan di Sabah pula 3 serta Negeri Sembilan mencatatkan 1 kematian", katanya pada sidang media di Bukit Aman.