fb fb fb fb fb

Banjir: 442 penduduk terjejas di tiga negeri

(Foto APM)

KUALA LUMPUR, 8 Disember- Jumlah penduduk terjejas banjir merekodkan seramai 442 orang membabitkan 128 keluarga di Pahang, Perak dan Perlis sehingga pukul 7.00 pagi tadi.

Agensi Pengurusan Bencana Negara (NADMA) memaklumkan jumlah itu melibatkan empat daerah di tiga negeri berkenaan.

"Pahang merekodkan jumlah penduduk terjejas banjir tertinggi dengan 409 penduduk daripada 120 keluarga, diikuti Perak melibatkan 29 penduduk daripada lima keluarga dan Perlis melibatkan empat penduduk daripada tiga keluarga" katanya dalam kenyataan.

Menurut kenyataan itu, 11 PPS dibuka di Pahang melibatkan tiga PPS di daerah Lipis dan lapan PPS di daerah Raub.

Manakala, masing-masing satu PPS masih dibuka di daerah Hilir Perak, Perak dan Arau, Perlis.

(Foto APM)

Media Baharu