fb fb fb fb fb

Banjir: 43,029 penduduk berlindung di 222 PPS

Anggota APM Segamat selamat sampai di JKM Segamat bagi menghantar lima tong ais untuk kegunaan misi bantuan kepada
penduduk terjejas banjir/FB Angkatan Pertahanan Awam Daerah Segamat

KUALA LUMPUR, 8 Mac- Seramai 43,029 penduduk terjejas banjir masih berlindung di 222 pusat pemindahan sementara (PPS) di Johor, Pahang dan Melaka, setakat pukul 12.00 tengah malam tadi.

Data Agensi Pengurusan Bencana Negara (NADMA) menerusi Portal Bencana Pusat Kawalan Bencana Negara (NDCC), Johor merekodkan seramai 39,747 orang daripada 11,417 keluarga di 201 PPS dengan Batu Pahat paling terjejas merekodkan seramai 27,181 orang daripada 7,848 keluarga.

"Ia diikuti Muar seramai 4,080 orang, Tangkak (2,527), Segamat (2,042), Kota Tinggi (1,338), Kluang (1,310), Mersing (1,162) dan Pontian (107)," menurut data terbabit.

Pahang pula merekodkan 2,268 orang daripada 655 keluarga di 16 PPS melibatkan daerah Rompin seramai 2,255 orang, manakala di Maran seramai 13 orang.

Sementara itu, Melaka merekodkan 598 orang daripada 159 keluarga dari daerah Jasin yang berlindung di lima PPS.

(Foto FB APM_Raub_Pahang_Official)

Media Baharu