fb fb fb fb fb

PM ajak umat Islam pertingkat amal, doa

(Anwar Ibrahim/BERNAMA)

KUALA LUMPUR, 8 Mac- Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim mengajak umat Islam mempertingkat amal dan persiapan serta memperbanyakkan doa pada malam Nifsu Sya'ban.

Anwar berkata, malam Nisfu Sya'ban merupakan suatu malam yang istimewa dengan umat Islam disaran untuk memperteguh benteng kerohanian diri dengan berzikir dan beristighfar kepada Allah SWT, di samping mendirikan solat-solat sunat, bermunajat dan bersedekah

Ujarnya, Nisfu Sya'ban menandakan umat Islam sedang menuju ambang bulan yang penuh barakah iaitu bulan Ramadan al Mubarak.

"Justeru bersempena bulan Sya'ban yang mulia ini marilah sama-sama kita mempertingkat amal dan persiapan serta memperbanyakkan doa, sebagaimana yang dilakukan oleh Nabi Muhammad SAW setiap kali menghampiri bulan Ramadan yang penuh keberkatan.

"Dalam sebuah hadith daripada Mua'az bin Jabal RA, bahawa Nabi Muhammad SAW telah bersabda: “Allah SWT memandang makhluk-Nya pada malam Nisfu Sya'ban, lalu mengampunkan kesemua makhluk-Nya, kecuali yang musyrik dan yang bermusuhan.” [Sahih ibn Hibban, No. 5665].

“Ya Allah, Kau berkatilah kami pada bulan Rejab dan Sya'ban, dan berkatilah serta pertemukan kami dengan bulan Ramadan," demikian catatan Anwar menerusi perkongsian di Facebook rasmi.

(Foto FB Anwar Ibrahim)

 

 

Media Baharu