
IPOH, 17 November – Seramai 1,219 penduduk daripada 443 keluarga terjejas banjir di Perak setakat pukul 12 tengah hari tadi.
- 12 Pusat Pemindahan Sementara masih dibuka di lima daerah.
- Larut Matang dan Selama paling teruk, tujuh PPS menempatkan penduduk terjejas.
- PPS di Larut Matang: SK Simpang, SK Matang, SK Ayer Putih, SK Matang Gelugor, SK Batu Hampar, Dewan Simpang Halt, Dewan Taman Kaya.
- PPS di Hilir Perak, Manjung, Kampar dan Kerian termasuk Dewan Rumah Rehat MPTI, PRA Padang Serai, SK Kota Bharu, Dewan Gunung Semanggol, SK Bukit Merah.
Sekretariat Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri menerusi kenyataan memaklumkan, 12 Pusat Pemindahan Sementara (PPS) masih dibuka di lima daerah.
Daerah paling teruk terjejas adalah Larut Matang dan Selama dengan 864 penduduk daripada 332 keluarga ditempatkan di tujuh PPS.
PPS yang dibuka di daerah itu adalah di Sekolah Kebangsaan (SK) Simpang, SK Matang, SK Ayer Putih, SK Matang Gelugor, SK Batu Hampar, Dewan Orang Ramai Kampung Simpang Halt dan Dewan Serbaguna Taman Kaya.
Di Hilir Perak, 137 penduduk daripada 42 keluarga masih ditempatkan di PPS Dewan Rumah Rehat MPTI.
Sementara itu di Manjung, 127 penduduk daripada 36 keluarga berlindung di PPS Sekolah Rendah Agama Rakyat Padang Serai.
Seramai 23 penduduk daripada sembilan keluarga pula ditempatkan di PPS SK Kota Bharu di daerah Kampar. Manakala di Kerian, 62 penduduk daripada 20 keluarga ditempatkan di PPS Dewan Serbaguna Gunung Semanggol.
Satu lagi PPS yang dibuka di daerah sama adalah SK Bukit Merah menempatkan 20 penduduk daripada tujuh keluarga yang merupakan penduduk terjejas banjir dan tanah runtuh.