fb fb fb fb fb

Bangunan awam, sekolah lama perlu diselenggara

KOTA BHARU, 11 Ogos- Struktur bangunan awam termasuk sekolah yang lama perlu diselenggara bagi menjamin keselamatan terutama pelajar.

Ahli Parlimen Ketereh, Tan Sri Annuar Musa berkata, kerja penyelenggaraan adalah di bawah tanggungjawab Jabatan Kerja Raya (JKR) yang boleh dijalankan menerusi pemeriksaan dan pengesahan.

"Bangunan lama yang berada di sekolah berusia berpuluh-puluh tahun perlu dilakukan audit keselamatan, kita perlu selenggara jangan tunggu berlaku peristiwa-peristiwa besar.

Pihak pentadbiran sekolah kalau mendapati ada bangunan atau struktur lama yang disyaki tidak selamat mereka wajib melaporkan kepada pihak JKR kerana mereka akan lakukan pemeriksaan dan tentukan sama ada ia selamat digunakan atau tidak," katanya.

(Tan Sri Annuar Musa, Ahli Parlimen Ketereh)

Beliau yang juga Menteri Komunikasi dan Multimedia menyatakannya selepas mengadakan lawatan dan menyampaikan sumbangan kepada empat pelajar dari Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Melor yang cedera setelah tangki air sekolah mereka pecah dan menimpa laluan siar kaki sekolah berkenaan.

Media Baharu