fb fb fb fb fb

Banci Pertanian dibuat menyeluruh, tidak abai mana-mana negeri

(Hari Statistik Negara 2023 di Sabak Bernam, Selangor)

SABAK BERNAM, 20 Oktober- Banci Pertanian yang bakal dilaksanakan tahun depan akan melibatkan semua negeri dan kerajaan tidak akan mengabaikan mana-mana negeri dalam hal ini. 

Usaha itu bagi membangunkan pertanian negara sekali gus menangani isu keterjaminan makanan. 

Ketua Setiausaha Kementerian Ekonomi, Datuk Nor Azmie Diron berkata pengumpulan data bagi Banci Pertanian 2024 ini akan melibatkan semua sektor dalam pertanian. 

"Daripada segi responden, akan usahakan sebanyak mungkin data yang dikumpul berasaskan atau bertepatan pertanian di negara kita,"katanya.

Tambahnya, Kementerian Ekonomi akan terus bertanggungjawab dalam merancang dasar dan membantu meringankan beban rakyat. 

Beliau berkata demikian selepas merasmikan Hari Statistik Negara 2023 di Sabak Bernam, Selangor.

(Ketua Setiausaha Kementerian Ekonomi, Datuk Nor Azmie Diron)

Media Baharu