KUALA LUMPUR, 7 Julai- Banci Pertanian 2024 bermula hari ini sehingga 10 Oktober depan.
Ia bagi memberi data yang berkesan dalam mengurus pertanian dan sumber makanan negara.
Ketua Perangkawan merangkap Pesuruhjaya Banci Pertanian, Datuk Seri Dr. Mohd Uzir Mahidin memaklumkan liputan banci merangkumi empat subsektor iaitu tanaman, ternakan, perikanan dan akuakultur serta perhutanan dan pembalakan.
Pangkalan data tersebut penting bagi menyediakan data asas merangkumi pelbagai aspek pertanian, mengikut piawaian yang standard dan klasifikasi yang seragam.
Dapatan banci pertanian juga dapat menyediakan statistik pertanian terkini dan komprehensif.
Itu termasuk pemegang taruh, kerajaan negeri, penyelidik, ahli akademik, pengusaha pertanian dan orang awam.