fb fb fb fb fb

Bajet 2023 diawalkan

(Foto hiasan)

KUALA LUMPUR, 27 Ogos- Bajet 2023 yang sepatutnya dibentangkan pada 28 Oktober, dipercepat tiga minggu lebih awal iaitu pada 7 Oktober ini.

Perkara itu disahkan dan diumumkan oleh Datuk Seri Dr. Wan Junaidi Tuanku Jaafar, Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Parlimen dan Undang-undang).

Ketika dihubungi semalam beliau memaklumkan, "Perdana Menteri mengguna kod kuasa di bawah peraturan 11(2), peraturan majlis dewan rakyat.

"Jadi saya bentangkan kertas nota kabinet tarikh itu telah ditukarkan kepada persidangan itu ditukarkan kepada tiga dan belanjawan adalah dibentang pada 7 Oktober" Jelas beliau semalam.

Dalam masa yang sama, beliau menafikan perubahan tarikh Bajet 2023 itu ada kaitan dengan pilihan raya umum akan datang.

Menerusi takwim baharu mesyuarat ketiga penggal kelima, Parlimen ke-14 akan bermula 3 Oktober bagi Dewan Rakyat.

Manakala sidang Dewan Negara bermula 21 November.

(Foto hiasan)

Media Baharu