(Profesor Datuk Dr Faisal Mahamad Adikan ketika penyerahan Memorandum Persefahaman (MOU)
bersama Presiden Lembaga Teknologis Malaysia, Datuk Ts Ir.Dr Siti Hamisah Tapsir)
GEORGE TOWN, 27 Ogos- Universiti Sains Malaysia (USM) melangkah setapak ke hadapan dengan menandatangani Memorandum Persefahaman dengan Lembaga Teknologis Malaysia (MBOT).
Industri teknologi dan maklumat terus diberi penekanan oleh USM dengan kerjasama erat bersama MBOT.
Ia secara tidak langsung berupaya menjadi pihak pembangunan modal insan negara, khusus di USM dengan penggunaan teknologi terkini yang canggih.
Menurut Profesor Datuk Dr Rafiq Faisal Mahamad Adikan, Naib Canselor USM, "program-program yang ditawarkan oleh USM insya Allah akan diberi pengiktirafan oleh MBOT."
"Latihan bagi kakitangan akademik ataupun bukan akademik di USM juga akan menerima latihan menerusi kerjasama ini," bagi memastikan kepakaran kedua-dua pihak dibangunkan untuk manfaat bersama.
Terdahulu, Profesor Datuk Dr Faisal Mahamad Adikan menandatangani Memorandum Persefahaman (MOU) bersama Presiden Lembaga Teknologis Malaysia, Datuk Ts Ir.Dr Siti Hamisah Tapsir.
(Profesor Datuk Dr Rafiq Faisal Mahamad Adikan, Naib Canselor USM)