fb fb fb fb fb

Peminjam PTPTN boleh melakukan penstrukturan semula

(Foto hiasan)

KUALA NERUS, 27 Ogos- Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional, PTPTN berharap peminjam yang mempunyai masalah tunggakan pinjaman supaya datang berunding.

Pengerusinya Apli Yusoff berkata ia bagi membolehkan pihaknya membantu peminjam yang tidak mampu membayar pinjaman termasuk mereka yang kehilangan pekerjaan sewaktu COVID-19.

Katanya sehingga Julai lalu lebih 2 juta peminjam atau 81.07% telah membuat bayaran balik pinjaman PTPTN.

Beliau turut menyeru kepada, "orang yang ada hutang tertunggak ni datang berjumpa dengan PTPTN untuk menstrukturkan balik hutang-hutang itu, kerana apabila mereka ni ada hutang tertunggak mungkin disenarai dalam ccris jadi mereka ini sukar membuat pinjaman dan sebagainya."

"Jadi, datang balik berjumpa dengan PTPTN, PTPTN sedia bantu untuk menstrukturkan balik hutang-hutang tersebutlah." Jelas beliau ketika ditemui pemberita RTM.

PTPTN turut menyeru ibu bapa agar membuat penabungan Skim Simpanan Pendidikan Nasional, SSPN bagi menjamin masa depan anak-anak.

Sehingga Julai, PTPTN merekodkan jumlah deposit simpan SSPN sebanyak RM12.65 bilion dengan 5.49 juta pendeposit akaun.

Beliau ditemui selepas program ramah mesra PTPTN bersama pengamal media di Kuala Nerus.

(Foto hiasan)



Media Baharu