BACHOK, 10 Oktober - Sebanyak 7,615 projek pembangunan akan dilaksana tahun hadapan merangkumi 1,724 projek baharu dan 5,891 projek sambungan.
Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Ekonomi), Datuk Seri Mustapa Mohamed berkata pelaksanaan projek pembangunan yang menepati jadual amat penting bagi memenuhi aspirasi Keluarga Malaysia dalam menikmati taraf sosio ekonomi yang lebih baik.
Jelasnya, mesyuarat pemudah cara pelaksanaan projek pembangunan negara yang akan turut di hadiri Ketua Setiausaha Negara, Tan Sri Mohd Zuki Ali pada 13 Oktober ini akan memastikan semua kementerian bersedia dengan pelan pelaksanaan masing-masing.
"Setiap negeri ada projek-projek dan senarai projeknya akan di maklumkan dalam masa terdekat. Minggu depan senarai ini akan di perolehi, negeri-negeri juga akan dapat senarai.
"Jadi semua negeri InsyaAllah akan mendapat tambahan peruntukan dan kira-kira 50 peratus daripada peruntukan pembangunan asas adalah untuk enam negeri yang paling miskin, paling pentingnya adalah tahun depan kita banyak perhatian kepada kerja penyelenggaraan," katanya ketika ditemui pemberitaselepas mengadakan perjumpaan bersama peserta program Bantuan Miskin Tegar Keluarga Malaysia di Kampung Kubang Golok, di sini.
Tambah Mustapa, antara projek pembangunan baharu yang telah diluluskan dalam Bajet 2023 adalah penambahbaikan kemudahan infrastruktur di luar bandar, lebuhraya Pan Borneo Sabah Fasa 1B di Sabah, menaik taraf Lebuh Raya Utara Selatan (PLUS) Senai Utara Pandan (Johor Bahru) kepada enam lorong Lorong dan rancangan tebatan banjir seluruh negara.