fb fb fb fb fb

PM terima Darjah Utama Yang Amat Mulia Bintang Kenyalang Sarawak

KUCHING, 10 Oktober - Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob dianugerahkan Darjah Utama Yang Amat Mulia Bintang Kenyalang Sarawak bersempena Sambutan Hari Lahir ke-86 Yang di-Pertua Negeri, Tun Abdul Taib Mahmud.

Datuk Seri Ismail Sabri adalah penerima tunggal darjah Datuk Patinggi Bintang Kenyalang (D.P) yang membawa gelaran 'Datuk Patinggi'.

(Anugerah disampaikan oleh Yang di-Pertua Negeri Sarawak, Tun Abdul Taib Mahmud)

Dua lagi dianugerahkan darjah Datuk Amar Bintang Kenyalang (D.A) yang membawa gelaran 'Datuk Amar'.

Mereka ialah Hakim Besar Sabah dan Sarawak, Tan Sri Abang Iskandar Abang Hashim serta Setiausaha Kerajaan Negeri Sarawak, Datuk Seri Mohamad Abu Bakar Marzuki.

Anugerah disampaikan oleh Yang di-Pertua Negeri Sarawak, Tun Abdul Taib Mahmud.

Datuk Seri Ismail Sabri merupakan antara 846 penerima anugerah Darjah Kebesaran Negeri Sarawak sempena Ulang Tahun Kelahiran Abdul Taib tahun ini.

Media Baharu