fb fb fb fb fb

Banjir Kedah: 151 penduduk terjejas dipindahkan

BALING, 10 Oktober - Baling, Bandar Baharu dan Kota Setar antara daerah yanng masih dilanda banjir setakat malam tadi.

Di Baling, satu Pusat Pemindahan Sementara (PPS) dibuka di Kompleks Belia dan Sukan Baling susulan banjir kilat di daerah itu awal pagi tadi.

Pegawai Pertahanan Awam Daerah Baling, Leftenan (PA) Mohd Faizol Ab. Aziz berkata setakat pukul 8 malam tadi, seramai 151 penduduk terjejas dari 47 buah keluarga ditempatkan di PPS berkenaan.

(Penduduk di pindahkan ke PPS susulan banjir kilat berlaku awal pagi semalam)

"Kesemua mereta terdiri daripada 22 warga emas, dua Orang Kurang Upaya (OKU) dan lima bayi antara yang dipindahkan. Kesemua penduduk yang terjejas adalah dari Kampung Paya, Kampung Tanjung Merbau dan Kampung Charuk Sikin.

"Sementara itu, di Bandar Baharu, dua buah rumah melibatkan 14 penduduk di Kampung Sungai Kasai Mukim Sungai Batu turut terjejas. Di daerah Kota Setar 2 buah rumah terjejas iaitu di Kampung Alor Gunong," katanya menerusi kenyataan.

Menerusi info banjir Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS), Sungai Padang Terap di daerah Padang Terap berada pada paras bahaya manakala Sungai Sari di daerah sama berada pada paras amaran.

Media Baharu