fb fb fb fb fb

Bahasa Melayu wajib jadi bahasa perantara kedua rantau Asean - PPAPP

SEBERANG JAYA, 28 Mac- Bahasa Melayu wajib dijadikan bahasa perantara kedua di rantau Asean kerana ia terbukti boleh menyatupadukan rakyat.

Cadangan untuk menjadikan Bahasa Melayu sebagai bahasa mendapat reaksi positif pelbagai pihak.

Terbaru, Pengarah Perbadanan Perpustakaan Awam Pulau Pinang (PPAPP), Sarimah Salleh berpendapat tindakan itu akan terus mengukuhkan persahabatan di rantau Asean dan dalam negara ia menjadi pencetus kepada hubungan yang lebih mesra antara pelbagai kaum dan bangsa.

"Kita dalam perpustakaan ini, kita rasa itu sesuatu yang baik sebab kita nak mengangkat kembali Bahasa Melayu. Sebabnya, kita di Malaysia dengan pelbagai kaum jadi kalau kita dengan satu bahasa mungkin boleh menyatupadukan kita dalam keluarga yang lebih besar," kata beliau kepada pemberita selepas Majlis Malam Citra Seribu Bahasa di sini.


(Pengarah Perbadanan Perpustakaan Awam Pulau Pinang (PPAPP), Sarimah Salleh ditemui media RTM selepas majlis tersebut)

Hadir sama ialah tokoh Sasterawan Negara, Prof Muhammad Haji Salleh dan mantan Yang di-Pertua Negeri, Tun Abdul Rahman Abdul Abbas.

Baru-baru ini, Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata beliau akan mengadakan perbincangan dengan pemimpin ASEAN untuk mencadangkan penggunaan Bahasa Melayu sebagai bahasa kedua ASEAN.

Perdana Menteri berkata ia adalah usaha untuk memartabatkan bahasa ibunda itu di peringkat antarabangsa.

"Selain Malaysia, beberapa negara jiran seperti Indonesia, Brunei, Singapura, Selatan Thailand, Selatan Filipina serta di sebahagian Kemboja turut menggunakan Bahasa Melayu sebagai bahasa pengantar," tambahnya.

Media Baharu