fb fb fb fb fb

Azmin beri bayangan tidak bertanding PRN Selangor

(Pengerusi PN Selangor, Datuk Seri Mohamed Azmin Ali/ BERNAMA)

SHAH ALAM, 22 Mei - Pengerusi Perikatan Nasional (PN) Selangor Datuk Seri Mohamed Azmin Ali memberi bayangan tidak bertanding dalam Pilihan Raya Negeri (PRN) akan datang.

Mohamed Azmin secara peribadi berkata sudah tiba masa untuknya memberikan laluan kepada tokoh muda dalam Perikatan Nasional (PN) untuk bertanding setelah beliau berkhidmat sebagai wakil rakyat selama tujuh penggal.

Beliau berkhidmat masing-masing tiga penggal di Parlimen Gombak dan Dewan Undangan Negeri (DUN) Bukit Antarabangsa manakala satu penggal di DUN Hulu Kelang.

“Ramai yang berpotensi dalam PN dan saya akan terus memberikan khidmat serta sumbangan saya kepada perjuangan PN dan inilah yang sedang saya lakukan," katanya.

Beliau ditemui pada Majlis Rumah Terbuka Aidilfitri PN di Kompleks Belia dan Kebudayaan Selangor di Shah Alam, malam tadi.

Hadir sama, Presiden PN, Tan Sri Muhyiddin Yasin serta pimpinan PN selain 30,000 pengunjung menerusi lima sesi bermula 6 petang hingga 12 tengah malam.


(Mohamed Azmin (tengah) bersama tetamu yang hadir pada Majlis Rumah Terbuka Aidilfitri PN
di Kompleks 
Belia dan Kebudayaan Selangor di Shah Alam, malam tadi)

Media Baharu