fb fb fb fb fb

ATM siap sedia aset dan anggota hadapi sebarang kemungkinan banjir di Terengganu

KUALA LUMPUR, 6 Januari - Angkatan Tentera Malaysia (ATM) terus bekerjasama rapat dengan Kerajaan Negeri dalam melaksanakan Operasi Murni (Ops Murni) di Negeri Terengganu.

Menteri Kanan Pertahanan, Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein berkata, 1,026 anggota melalui 4 pasukan sudah bersiap siaga untuk diaturgerak ke seluruh negeri Terengganu pada bila-bila masa.

Jumlah tersebut tidak termasuk 182 anggota Tentera Darat Malaysia yang telah diaturgerak ke daerah terjejas banjir di Terengganu sejak hari pertama.

Menerusi kenyataan media beliau memaklumkan, empat fokus diberi keutamaan menerusi Ops Murni ATM di Terengganu iaitu membantu melaksanakan kerja pembersihan pasca banjir, membantu kerja baik pulih jambatan terjejas, membantu Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) melakukan ujian pengesanan COVID-19 dan siap siaga mendepani sebarang kemungkinan gelombang banjir seterusnya.

"Secara keseluruhan jumlah anggota dan aset ATM yang telah diatur gerak ke setiap negeri yang dilanda banjir ialah 204 pegawai dan 3,654 anggota Lain-Lain Pangkat," kata kenyataan itu.

Ia melibatkan 474 aset yang merangkumi trak, bot, empat helikopter dan lain-lain jenis aset.

ATM turut memaklumkan kerja pembersihan pasca banjir berskala besar di negeri terjejas lain akan dilaksanakan.

 

Media Baharu