fb fb fb fb fb

79.5 peratus ketua Isi rumah terima Bantuan Wang Ihsan (BWI) setakat tengah hari ini - Perdana Menteri

KUALA LUMPUR, 6 Januari - Lebih 39,000 atau 79.5 peratus daripada 49,394 ketua isi rumah terlibat banjir telah menerima Bantuan Wang Ihsan (BWI) RM1,000 setakat pukul 1 tengah hari tadi.

"Mereka yang masih belum mendaftar boleh segera menghubungi Pusat Kawalan Operasi Bencana (PKOB) dan Pegawai Daerah untuk bantuan segera kerajaan Persekutuan", kata Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob, menerusi Twitter.

Kerajaan sebelum ini mengumumkan Bantuan Banjir Keluarga Malaysia antaranya meliputi BWI sebanyak RM1,000 kepada setiap ketua isi rumah berbanding RM500 sebelum ini.

Bayaran bantuan berkenaan disalurkan sejak 27 Disember tahun lalu, iaitu 10 hari selepas kejadian banjir agak luar biasa yang melanda beberapa negeri termasuk Selangor, Pahang dan Negeri Sembilan.

Media Baharu