fb fb fb fb fb

ATM rampas 700 kg daun ketum di sempadan negara

Angkatan Tentera Malaysia (ATM) merampas 700kg daun ketum dianggarkan bernilai lebih RM56,000 di sempadan negara, semalam/Foto ATM

KUALA NERANG, 23 JUN- Angkatan Tentera Malaysia (ATM) merampas 700 kilogram daun ketum bernilai RM56,000 yang dipercayai cuba diseludup ke negara jiran.

Rampasan dilakukan di sektor Kawasan Tanggungjawab Briged Keenam Infantri Malaysia (KTJ 6 Bgd) di sini, semalam.

Markas Divisyen Kedua Infantri Malaysia (2 Divisyen) memaklumkan, pada pukul 6.30 pagi, pasukan beroperasi yang sedang melaksanakan Pos Pemerhati dan Pendengaran telah menemui sebuah kenderaan pacuan 4 roda jenis Mitsubishi Pajero yang ditinggalkan dalam keadaan mencurigakan di kawasan hutan berdekatan dengan sempadan Malaysia-Thailand.

Hasil siasatan mendapati 70 bungkusan mengandungi daun ketum dengan berat keseluruhan sebanyak 700 kg dengan anggaran nilai sebanyak RM56,000.00 berada di dalam kenderaan tersebut.

“Seterusnya, kesemua bungkusan dan kenderaan tersebut dengan anggaran nilai keseluruhan sebanyak RM 81,000.00 telah diserahkan kepada Balai Polis Kuala Nerang untuk tindakan selanjutnya", katanya Katanya dalam kenyataan disini.

"Pasukan beroperasi sentiasa mengawal sempadan negara dan akan terus memastikan keselamatan sempadan terpelihara".

KAMARULZAMAN BIN MUHAMAD