fb fb fb fb fb

ASEAN perkukuh komitmen menerusi pemeteraian AFAC

Foto RTM

KUALA LUMPUR, 23 Sept- ASEAN terus mengukuhkan komitmen untuk memastikan keadilan, ketelusan dan integriti dalam pasaran menerusi pemeteraian Perjanjian Rangka Kerja Persaingan ASEAN (AFAC).

Menteri Pelaburan, Perdagangan dan Industri Tengku Datuk Seri Zafrul Abdul Aziz berkata, perjanjian ini turut menyerlahkan reputasi blok ini sebagai rakan ekonomi yang dinamik dan mempunyai kredibiliti di peringkat global.

"Pencapaian ini mencerminkan tahap komitmen tertinggi oleh negara-negara Anggota ASEAN dalam memperkukuh tadbir urus ekonomi.

"Yang paling penting, AFAC melambangkan semangat kerjasama, ketahanan ASEAN dan akan menjadi tunjang utama dalam memajukan aturan ekonomi berasaskan peraturan di seluruh rantau," katanya ketika berucap pada Majlis Perjanjian Rangka Kerja Persaingan ASEAN (AFAC) di sini, hari ini.

Tambah beliau, AFAC mencerminkan ASEAN dan visi bersama yang membuktikan kerjasama melalui perjanjian seimbang serta berorientasikan masa depan mampu dicapai.

AFAC turut mewujudkan asas kukuh bagi kerjasama dan pembinaan kapasiti antara pengawalselia persaingan di rantau ini, seterusnya memastikan semua negara anggota bergerak maju bersama tanpa ada yang ketinggalan.

"Inisiatif ini juga menyokong kelestarian dengan menggalakkan inovasi dan kecekapan, yang dianggap penting untuk memperkukuh daya tahan ekonomi jangka panjang di seluruh rantau," tambahnya.

NIK MOHD HAFIZUL BAHARUDDIN

Hello