GAZA, 12 Jun-Seorang pelukis grafiti Hussein Abu Sadeq, menjadikan rumah yang musnah dalam serangan peluru berpandu pada pertempuran Mei lalu sebagai tempat mengekspresikan lukisan muralnya.
Menurut Hussein, mural tersebut merupakan simbol harapan perjuangan masyarakat Palestin bagi menentang kekejaman rejim Israel.
"Daripada penderitaan, kesakitan, dan pengepungan, kami memperoleh harapan, seni, dan kemenangan".
"Kami melukis di tapak-tapak runtuhan rumah sebagai sebagai mesej melalui warna dan berus lukisan", katanya.
Beberapa lukisan di dinding-dinding runtuhan memperlihatkan beberapa lukisan seperti seorang wanita memeluk anaknya, manakala di dinding lain pula memperlihatkan lukisan seorang kanak- kanak lelaki berlinangan air mata.
Timbunan-timbunan runtuhan dilihat masih mengelilingi rumah-rumah di bandar Deir al-Balah.
Sebahagian daripada peluru berpandu Israel yang meletup diletakkan di atas meja untuk dijadikan pameran.
Pada bulan Mei, Israel melancarkan serangan memburu kumpulan pejuang Palestin yang didakwa merancang serangan di Israel.
Sebagai tindak balas, kumpulan pejuang yang disokong Iran menembak lebih daripada 1,000 roket dan menyebabkan rakyat Israel melarikan diri ke kawasan perlindungan.-REUTERS
(Pelukis grafiti Hussein Abu Sadeq, FOTO REUTERS)