fb fb fb fb fb

APMM Zon Maritim Kuala Kedah tahan lima nelayan, langgar syarat sah lesen

KUALA KEDAH, 3 April- Lima nelayan termasuk tekong ditahan Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia APMM Zon Maritim Kuala Kedah dalam satu rondaan Op Aman di sekitar empat batu nautika dari barat Kuala Tebengau, Kuala Kedah, awal pagi semalam.

Turut ditahan sebuah bot pukat tunda kelas C kira-kira pukul 4.15 pagi.

Pengarah Zon Maritim Kuala Kedah, Komander Maritim Noor Azreyanti Ishak berkata kesemua warga tempatan berusia diantara 33 hingga 46 tahun yang ditahan didapati melakukan kesalahan di bawah Seksyen 8 (b) Akta Perikanan 1985 iaitu melanggar syarat sah lesen dengan menunda kurang daripada 15 batu nautika dari pesisir pantai.

Bot bersama hasil tangkapan yang dianggarkan seberat dua tan dibawa ke Jeti Zon Maritim Kuala Kedah untuk tindakan lanjut.

Bot tersebut pernah ditahan atas kesalahan yang sama pada tahun 2019.

Bagi kesalahan di bawah Seksyen 8 (b) Akta Perikanan 1985 mereka akan didakwa di mahkamah atas kesalahan melanggar syarat lesen, jika disabitkan kesalahan boleh didenda tidak melebihi RM20,000 atau penjara tidak lebih 2 tahun atau kedua-duanya sekali.


(Bot bersama hasil tangkapan yang dianggarkan seberat dua tan dibawa ke Jeti Zon Maritim Kuala Kedah untuk tindakan lanjut)

Media Baharu