fb fb fb fb fb

APM pantau sepanjang Sungai Pahang ke Kuala Tembeling

APM memnatau sepanjang Sungai Pahang di Jerantut Feri menuju ke Kuala Tembeling

JERANTUT, 31 Disember- Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) telah menjalankan pemantauan sepanjang Sungai Pahang di Jerantut Feri menuju ke Kuala Tembeling, Jerantut petang tadi.

Inisiatif itu bagi mengenalpasti keadaan semasa termasuk trend paras air di sekitar sungai tersebut.

Menurut Pegawai APM Daerah Jerantut Kapten (PA) Muszaidi Musa, pemantauan tersebut melibatkan tujuh anggota APM termasuk seorang pegawai.

"Antara aset yang terlibat dalam pemantauan tersebut termasuk dua buah bot operasi dan sebuah lori tiga tan.

"Hasil pemantauan tersebut paras air menunjukkan penurunan dan tiada kediaman yang terjejas banjir," katanya.

Menurut laman rasmi Public Infobanjir Kementerian Sumber Asli, Alam Sekitar Dan Perubahan Iklim, paras air di sungai terbabit menunjukkan aras waspada iaitu 45.23 meter setakat pukul 3.45 petang.

Dalam ada itu sebanyak 34 kit makanan termasuk beras, gula, minyak masak, gara dan susu dihantar oleh APM ke Kampung Kuala Wau di Maran, hari ini.

Mohd Nor Azhar Yusof berkata, kampung tersebut antara kawasan yang terputus hubungan akibat bencana banjir sejak Khamis lalu.

"Pengagihan kit makanan tersebut turut mendapat kerjasama Jabatan Kebajikan Masyarakat Negeri Pahang dan Angkatan Tentera Malaysia.

"Aset terlibat adalah lori dan empat buah pacuan empat roda antara yang digerakkan untuk membantu penduduk tersebut," katanya.

Sementara itu setakat pukul 4.00 petang, jumlah penduduk terjejas banjir di Pahang masih kekal sebanyak 34 individu yang berlindung di dua PPS di Maran iaitu Balairaya Kampung Baru Pertanian dan Sekolah Kebangsaan Serengkam.

MOHD FIRDAUS BIN RUSLI