fb fb fb fb fb

Aplikasi MYJalan beri impak positif selenggara jalan raya

KUALA LUMPUR, 18 Oktober- Aplikasi MYJalan yang diperkenalkan Kementerian Kerja Raya (KKR) mula memberi impak positif kepada keberkesanan sistem penyelenggaraan jalan raya di negara ini.

Menteri Kerja Raya Datuk Seri Alexander Nanta Linggi berkata, aplikasi tersebut dilihat berkesan dalam menangani isu kerosakan jalan raya.

Semua agensi bawah KKR dan pihak berkuasa tempatan (PBT) perlu sentiasa proaktif dengan melaksanakan tindakan segera sekiranya aduan kerosakan jalan diterima.

"Saya difahamkan dengan prestasi yang tinggi kita bertindak dengan segera, kita gunakan aduan tentang jalan-jalan yang bukan seliaan JKR untuk menyalurkannya kepada kerajaan negeri. Jadi kita berharap mereka dapat bergerak dan bertindak dengan segera," katanya.

Nanta Linggi turut mengulas mengenai cadangan mengkaji semula gaji permulaan bagi jurutera dan pihak terlibat masih mengkaji dan memperhalusi cadangan berkenaan yang telah dikemukakan sejak tahun lepas.

"Ini bukan sahaja kepada jurutera sahaja keseluruhannya kerajaan telah membuat kajian jadi termasuk jugak dalam bidak profesion teknikal ni, jadi apa-apa pun perlu diperhalusi," katanya selepas merasmikan Pra Pelancaran Hari Profesion Teknikal Negara 2023 di Dewan Mahfoz Tan Sri Khalid, Kementerian Kerja Raya (KKR) di sini.

(Datuk Seri Alexander Nanta Linggi)

Media Baharu