KUALA LUMPUR, 9 Mei- TH Properties Sdn Bhd (TH Prop) yakin, penyelesaian digital i-MANS bakal memperkukuh segmen perniagaan pengurusan fasiliti (FM) pihaknya.
Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulannya, Azman Ibrahim berkata i-MANS berupaya mengurus operasi dan kerja penyelenggaraan secara menyeluruh, sekali gus meningkatkan kecekapan operasi.
"Dengan pengenalan aplikasi i-MANS ini, kami percaya bahawa kami akan setaraf dengan pemain FM sedia ada.
Kami juga percaya dengan aplikasi ini akan membawa lebih banyak perniagaan ke bahagian FM kami,Insya-Allah," kata Azman Ibrahim kepada pemberita pada majlis pelancaran aplikasi berkenaan di ibu negara.
Jelasnya, lebih 1,000 pengguna bakal mendapat manfaat daripada i-MANS.
Setakat ini, syarikat telah memperuntukkan pelaburan berjumlah RM5 juta bagi membangunkan dan menambah baik aplikasi itu.
Segmen pengurusan fasiliti kumpulan merekodkan pendapatan kukuh berjumlah RM148.87 juta dan menyumbang 30 peratus pendapatan keseluruhan kumpulan.
(Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulannya, Azman Ibrahim)