fb fb fb fb fb

Aplikasi eCOSS digunakan di 29 pasaraya di Johor

Aplikasi eCOSS dapat mengesan transaksi penjualan minyak masak paket bersubsidi 1 kilogram. Foto BERNAMA

JOHOR BAHRU, 11 Ogos - Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) Johor mula memperluas penggunaan Sistem Skim Penstabilan Harga Minyak (eCOSS) di 29 pasaraya seluruh negeri bermula hari ini.
 
Program rintis itu bertujuan mengesan transaksi penjualan minyak masak paket bersubsidi 1 kilogram untuk mengelakkan ketirisan.
 
EXCO Perdagangan, Hal Ehwal Pengguna dan Sumber Manusia, Lee Ting Han berkata, KPDN akan menempatkan pegawai di 29 lokasi pasaraya selama lima hari bermula hari ini.
 
Ia bagi membantu pihak pasaraya dan pelanggan memuat turun aplikasi eCOSS dan memahirkan penggunaannnya.
 
"Setiap bulan kita di Johor terima 3.3 juta paket minyak bersubsidi. Sepatutnya cukup untuk Bangsa Johor, namun ada maklum balas bahawa ia tidak cukup. Jadi kita harap aplikasi eCOSS berjaya. Jika berjaya, ia akan dikembangkan ke tempat-tempat lain,"katanya.
 
Aplikasi eCOSS sebelum ini diperkenalkan semasa program Jualan Rahmah dan diperluas penggunaannya hingga kini.

JALALUDDIN BIN BAHARIN