fb fb fb fb fb

Anwar ucap tahniah kepada Probowo

Presiden Indonesia baharu,Probowo Subianto/Foto Reuters

KUALA LUMPUR, 21 Mac - Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim menjadi pemimpin negara pertama yang memberikan ucapan tahniah kepada presiden terpilih Indonesia, Prabowo Subianto sejurus pengumuman keputusan rasmi PEMILU.

Beliau menyampaikannya menerusi satu ciapan di laman X.

Perdana Menteri memaklumkan ia cukup bermakna kerana melambangkan nilai persahabatan antara Malaysia dan Indonesia yang amat istimewa sebagai negara tertangga yang dekat dan penting.

Beliau juga mengucapkan selamat maju jaya dan menyatakan keyakinan kepada Prabowo yang mampu menggalas mandat yang diberikan dengan cemerlang.

Kedua dua juga pemimpin bertekad untuk mengukuhkan hubungan dua hala yang mencakup pelbagai aspek sebagai negara jiran.

Selain berikrar untuk berkerjasama rapat di pelbagai forum terutamanya dalam ruang lingkup ASEAN.

KAMARULZAMAN BIN MUHAMAD