fb fb fb fb fb

Anwar tubuh PMAC, beri nasihat berkaitan pembangunan negara

Foto BERNAMA

KUALA LUMPUR, 22 April- Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim menubuhkan Jawatankuasa Penasihat Dasar Kepada Perdana Menteri (PMAC) bagi memberi khidmat nasihat berkaitan pembangunan negara dan daya tahan ekonomi sejajar dengan Ekonomi MADANI.

Menurut Pejabat Perdana Menteri, jawatankuasa itu akan dipengerusikan Tan Sri Mohd Hassan Marican dan turut dianggotai Datuk Ahmad Fuad Md Ali, Profesor Dr Yeah Kim Leng dan Dr Nungsari Ahmad Radhi.

"Penubuhan jawatankuasa itu susulan berakhirnya tempoh Jawatankuasa Penasihat Kepada Menteri Kewangan (ACFIN) pada Februari 2024 yang juga dipengerusikan Mohd Hassan.

"Cadangan-cadangan yang dikemukakan oleh ACFIN telah mendapat pertimbangan sewajarnya dan sebahagian daripadanya kini dalam proses pelaksanaan.

"Jawatankuasa yang dilantik ini tidak akan menerima sebarang bayaran daripada kerajaan," menurut kenyataan itu.

NIZAHA BINTI ABDUL KAREM