fb fb fb fb fb

Anwar tiba di Jakarta hadiri Sidang Kemuncak ASEAN ke-43

(Foto PMO)

JAKARTA, 4 September- Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim selamat tiba di ibu kota Indonesia bagi menghadiri Sidang Kemuncak ASEAN ke-43 dan Mesyuarat Berkaitan, di sini, yang bermula esok.

Pesawat membawa beliau dan isteri, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail tiba pada pukul 3.20 petang waktu tempatan di Lapangan Terbang Antarabangsa Soekarno–Hatta.

Ketibaan Perdana Menteri disambut Menteri Komunikasi dan Informasi Indonesia Budi Arie Setiadi, Menteri Luar Malaysia Datuk Seri Dr Zambry Abdul Kadir serta Duta Besar Malaysia ke Indonesia Datuk Syed Md Hasrin Tengku Hussin.

Anwar mengetuai delegasi Malaysia ke sidang kemuncak itu dari 5 hingga 7 September iaitu yang kedua dihadirinya selepas Sidang Kemuncak ASEAN Ke-42 di Labuan Bajo.

Ini adalah sidang kemuncak pertama beliau bersama tujuh Rakan Dialog ASEAN iaitu Australia, China, Jepun, India, Korea Selatan, Amerika Syarikat dan Kanada.

Semasa persidangan itu, 11 pertemuan dua hala telah dijadualkan termasuk dengan Presiden Korea Selatan Yoon Suk Yeol; Perdana Menteri Australia Anthony Albanese; Naib Presiden Amerika Syarikat Kamala Harris; Perdana Menteri Kanada Justin Trudeau dan Perdana Menteri Jepun Fumio Kishida.

(Anwar mengetuai delegasi Malaysia ke sidang kemuncak itu dari 5 hingga 7 September
iaitu yang kedua dihadirinya selepas Sidang Kemuncak ASEAN Ke-42 di Labuan Bajo/Foto PMO)

Media Baharu