fb fb fb fb fb

Anwar sampaikan sumbangan kepada Sathiya

Foto Facebook Datuk Seri Anwar Ibrahim

KUALA LUMPUR, 28 Julai- Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim menghulurkan sumbangan kepada pelawak veteran tersohor Sathia Periasamy, yang diserang penyakit angin ahmar.

Anwar menerusi hantaran di Facebook berkata, sumbangan itu disampaikan melalui Setiausaha Politik beliau Ahmad Farhan Fauzi yang menziarahi Sathiya di kediamannya baru-baru ini.

Bagaimanapun beliau dimaklumkan bahawa Sathiya masih mampu tersenyum dan pelakon sitkom Pi Mai Pi Mai Tang Tu itu sempat berbicara mengenai perjalanan seninya.

"Namun beliau masih memerlukan rawatan berkala dan tahap kesihatannya perlu sentiasa dipantau," katanya.

Beliau turut mendoakan agar Sathiya kembali pulih secepat mungkin dan urusannya dipermudah sekali gus dapat terus berkarya serta berbakti kepada dunia seni tanah air.

Menurut laporan media, Sathiya, 60, mengalami serangan angin ahmar selepas mengadu kebas kaki dan tangan ketika sedang bersarapan di rumahnya baru-baru ini.

MOHD FIRDAUS BIN RUSLI