fb fb fb fb fb

Anwar rasmi majlis kemuncak NTW 2024

Foto BERNAMA

BUKIT JALIL, 30 Jun- Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim tiba di pekarangan Stadium Bukit Jalil bagi merasmikan Majlis Kemuncak National Training Week (NTW) 2024.

NTW 2024 sarat dengan pelbagai bentuk acara dan aktiviti latihan di seluruh negara bermula 24 Jun hingga hari ini.

Dianjurkan Kementerian Sumber Manusia dan 'Human Resource Development Corporation', ia menawarkan lebih 65,000 kursus percuma untuk rakyat Malaysia dengan sasaran seramai 200,000 penyertaan bagi edisi kali ini.

NTW 2024 turut membantu rakyat Malaysia meningkatkan kemahiran mereka.

Ia juga dapat meluaskan peluang rakyat Malaysia untuk meningkatkan taraf hidup serta produktiviti mereka di luar dan tempat pekerjaan.

NIZAHA BINTI ABDUL KAREM