fb fb fb fb fb

Anwar menghadap Agong sempena mesyuarat Pra-Kabinet

Sultan Ibrahim hari ini berkenan menerima menghadap Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim di Istana Negara, hari ini/Foto Facebook Sultan Ibrahim Sultan Iskandar

KUALA LUMPUR, 13 Ogos - Yang di-Pertuan Agong Sultan Ibrahim berkenan menerima menghadap Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim di Istana Negara, hari ini.

Dalam catatan di Facebook Sultan Ibrahim Sultan Iskandar, pertemuan bersama Anwar bersempena mesyuarat Pra-Kabinet.

Turut dimuat naik beberapa keping gambar memaparkan pertemuan yang berlangsung di Istana Negara itu.

Pertemuan bersempena mesyuarat pra-kabinet merupakan rutin utama Seri Paduka bersama Perdana Menteri bertukar-tukar pandangan dalam menguruskan hal ehwal kerajaan demi kepentingan rakyat dan negara.

Mesyuarat Pra-Kabinet yang pertama ialah pada 13 Feb 2019.


GRACE AISYAH KEDAYAN